KUALA LUMPUR 20 Mac - Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau memberitahu, bagi sekolah kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu.
Beliau berkata, bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata pelajaran itu.
''Bagi Bahasa Inggeris penambahan masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu.
''Bagi Bahasa Malaysia pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi persekolahan dipanjangkan.
Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan.
"Ia tidak akan menyebabkan waktu persekolahan menjadi panjang kerana kita buat pengubahsuaian mana waktu kita (perlu) kurangkan dan mana waktu yang kita (perlu) tambah," katanya.
sumber : utusan malaysia online
Waktu Sekarang

CURRENT MOON
VISI UNIT DISIPLIN
Ke Arah Masalah Disiplin Sifar
MISI UNIT DISIPLIN
Melahirkan Pelajar Yang Bebas Dari Masalah Disiplin
OBJEKTIF DISIPLIN
1. Mencegah pelajar-pelajar yang bersalah dari mengulangi kesalahan mereka.
2. Mencegah pelajar-pelajar yang merbahaya atau bersalah dari mempengaruhi pelajar-pelajar lain.
3. Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal.
4. Untuk memperbaiki tingkah laku pelajar-pelajar yang bersalah.

MATLAMAT DISIPLIN
1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat.
2. Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat setiakawan serta kekitaan.
3. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik.
4. Memberi layanan dan hak sama rata kepada pelajar.
5. Membantu pengetua dan guru-guru menjaga keharmonian, ketenteraman dan kelicinan pentadbiran sekolah.
6. Menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Penulis
Label
- Berita (1)
- Keratan Akhbar (5)
- Pengumuman (1)
- Program (1)
- Salam Ramadhan (1)
- Tazkirah (4)
- Umum (1)
Ramalan Cuaca
Sunday, March 21, 2010
Masa BM, BI Ditambah 2011
Labels: Keratan Akhbar
Subscribe to:
Posts (Atom)
Anda Pelawat Ke:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
8:43:54 PM |
PMR DAN SPM 2010